Morse Code Translation

Type in a word or phrase:


Aset TLDM

0 comments




Bermula dengan Tentera Laut Simpanan Sukarelawan Negeri Selat pada 27 April 1934, TLDM terus melangkah kehadapan bagi mempastikan kedaulatan sempadan negara terus terpelihara. Memandangkan doktrin semasa ATM menitikberatkan pertahanan barisan hadapan, kekuatan TLDM perlu sentiasa dihadapan memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki sempadan pesisir yang agak luas.


Proses pengstrukturan dan pengemaskinian TLDM terus dilaksanakan bagi mempastikan pertahanan sempadan negara terutama Zon Ekonomi Eksklusif terpelihara. Penubuhan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) memperlihatkan betapa seriusnya TLDM dalam mempastikan doktrin pertahanan barisan hadapan dapat dicapai dengan cepat dan cekap. Kehadiran APMM dapat memberi TLDM lebih banyak ruang untuk mengawal perairan negara dari ancaman musuh mahupun anasir jenayah pada jarak semaksima mungkin tanpa perlu terlalu terbeban dengan kawasan pesisiran.
Perolehan 2 unit Kapal Selam Kelas Tunku Abdul Rahman (Scorpene) dari firma Perancis-Sepanyol memperlihatkan satu peningkatan dalam penggandaan ketumbukan TLDM.

1. Kapal Selam
2 unit Kapal Selam Serangan Kelas Perdana Menteri (Scorpene) (KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, masih dalam peringkat pengujian

2. Kapal Tempur Permukaan
2 unit Frigat Kelas Lekiu (Yarrow F2000) (KD Lekiu dan KD Jebat sebagai Kapal Induk)
6 unit Korvet iaitu 2 unit Kelas Kasturi (MEKO 150) dan 4 unit Kelas Laksamana
6 unit Kapal Ronda Generasi Baru (NGPV) Kelas Kedah (MEKO A-100) ( 2 unit telah ditauliahkan, 2 unit dalam pengujian, 2 unit dalam pembinaan)
14 unit Kapal Serang Laju iaitu 4 unit Kelas Perdana (La Combattante II), 6 unit Kelas Jerong ( Lürssen TNC 45 class), 4 unit Kelas Handalan (Spica-M class)

3. Kapal Penyapu Ranjau
4 unit Kelas Mahamiru (Lerici)

4. Kapal Bantuan, Sokongan & Platform
2 unit Kapal Sokongan Pelbagai Fungsi Kelas Sri Indera Sakti
1 unit Kapal LST Kelas Sri Inderapura (Newport)
3 unit Kapal Tunda iaitu KD Sotong, KD Penyu dan KD Kepah
2 unit Kapal Pemantau Dan Ukur iaitu KD Mutiara dan KD Perantau


4 Kapal Latihan
1 unit Frigat iaitu KD Hang Tuah (Loch)
2 unit Kapal Layar iaitu KLD Tunas Samudera dan STS Puteri Mahsuri
1 unit Kapal Persiaran iaitu MV Fajar Samudera

6. Boat Tempur
Boat Tempur Laju CB 90
Boat Tempur Laju Ringan RIB-7

7. Aset Udara
4 unit Pesawat Rondaan Maritim jenis Beechcraft Super King Air B200T (dikendalikan oleh TUDM)
6 unit Helikopter Anti Kapal Permukaan jenis Eurocopter AS 550 Fennec
6 unit Helikopter Anti Kapal Permukaan/Selam/Pemantauan jenis Agusta-Westland Super Lynx 300 (dilengkapi sistem persenjataan Misil Anti Kapal Sea Skua dan Torpedo Mark 46)

8. Aset yang mungkin akan menyertai TLDM pada masa depan
• 6 unit Helikopter Anti-Kapal Permukaan/Selam sama ada dari jenis Agusta-Westland Super Lynx 300/Eurocopter AS565 Panther
• Tambahan 10 - 20 unit Kapal Ronda Generasi Baru (NGPV) Kelas Kedah
• Tambahan 2 unit Frigat Kelas Lekiu
• 2 unit Kapal Pemusnah Kelas Type 42 dari Tentera Laut Britian yang bakal ditamatkan perkhidmatan
• 3 unit Korvet Kelas Nakhoda Ragam milik Tentera Laut Diraja Brunei yang dalam senarai untuk dijual
• 1 atau 2 unit Kapal Platform LPD Kelas Yuzhao buatan Republik Rakyat China
• 1 atau 2 unit Kapal Platform LPD Kelas Dokdo buatan Republik Korea
• 2 - 4 unit Pesawat Rondaan Maritim sama ada dari jenis CN-235MP/Beechcraft Super King Air B200T

Sejarah White House

0 comments





Dahulu

Sekarang (2010)

Sejarah penubuhan‘White House’adalah rentetan peristiwa dari perbincangan dan mesyuarat yang telah diadakan bersama YBhg. Dato’ Naib Canselor UiTM merangkap Komandan PALAPES UiTM pada bulan Ogos 2002. PALAPES Laut UiTM Malaysia telah diarahkan untuk mengenalpasti satu tempat atau bangunan yang sesuai sebagai pusat pentadbirannya. Hal ini disebabkan bilik yang diberikan sebelum ini di bangunan HEP telah diambil semula oleh pihak HEP. Oleh kerana PALAPES Laut UiTM tidak mempunyai bilik mahupun bangunan sendiri, semua urusan pentadbiran telah dijalankan di bilik pelajar di Kolej Perindu. Markas PALAPES UiTM pula telah dikhaskan untuk PALAPES Darat dan tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk dikongsi bersama PALAPES Laut.

Berdasarkan perbincangan tersebut dan masalah yang timbul pada ketika itu, pihak PALAPES Laut telah menjalankan penyelidikan dan mengenalpasti sebuah rumah putih yang terletak di antara Kolej Anggerik dan Bangunn PALAPES UiTM untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran dan kegiatan PALAPES Laut. Rumah tersebut telah dibina oleh kontraktor yang membina Kolej Anggerik sebagai tapak pejabat mereka dahulu. Kemudian rumah tersebut dikosongkan setelah Pembantu Kesatria yang tinggal di situ berpindah ke UiTM Kuala Pilah. Berdasarkan keadaan tersebut, maka pihak PALAPES Laut UiTM telah secara rasminya memohon agar Rumah Putih tersebut diperuntukkan kepada Pihak PALAPES Laut UiTM sebagai Markas PALAPES Laut UiTM yang baru.


Gambar-gambar terkini white house :

Pintu Utama White House

Ruangan Makan

Tandas & Mesin Basuh

Ruangan Rehat - ada Astro lagi


Sick Bay

0 comments



PENGENALAN
PSSTLDM merupakan Angkatan Simpanan TLDM yang berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara. Penyertaan generasi muda di dalam PSSTLDM sejajar dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) seperti termaktub di dalam Dasar Pertahanan Negara. HANRUH akan berjaya jika semua sumber negara termasuk sumber manusia terlibat di dalam aktiviti yang menyumbang kepada ketahanan nasional.

SEJARAH
Sejarah Angkatan laut kita bermula sejak Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15. Ketika itu, Kerajaan Melaka telah menghantar armadanya untuk melindungi kapal dagang. Antara Panglima dan pelaut terkemuka pada masa itu ialah Laksamana Hang Tuah dan Bendahara Tun Perak yang berjaya menangkis serangan tentera laut Siam keatas pelabuhan Melaka. Semangat patriotik ini terus membara sehingga dijelmakan sebagai Straits Settlements Royal Navy Reserve (SSRNVR) iaitu sebuah pasukan simpanan yang ditubuhkan oleh penjajah Inggeris pada 27 April 1934. SSRNVR kemudian dikenali sebagai Malayan Royal Navy Volunteer, Reserve (MRNVR). Bagi mempertahankan perairan Tanah Melayu semasa Perang Dunia ke-2, pihak inggeris telah menubuhkan pasukan Malay Navy dan anggota MRNVR diserapkan ke dalam pasukan tersebut.

Selepas Perang Dunia ke-2, Pasukan Tentera Laut Malaya ditubuhkan. Pada tahun 1952, pasukan ini ditukar namanya menjadi Tentera Laut Diraja Malaya setelah dianugerahkan taraf Diraja oleh Queen Elizaberth II. Apabila Malaysia ditubuhkan pada 1963 dan Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) maka pasukan simpanan tentera laut dikenali sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia(PSSTLDM)

PASUKAN PSSTLDM
PSSTLDM distrukturkan semula dalam komponen berikut :
- Simpanan Pilihan (PALAPES/PLAS)
- Simpanan Pakar (Pelabuhan/Perkapalan)
- Simpanan Khusus (Perikanan/Perubatan/Jabatan Laut)
- Simpanan Sukarela Biasa
- Simpanan Angkatan Tetap (Bekas Pegawai dan LLP TLDM)


KEANGGOTAAN
PSSTLSM dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta, golongan profesional, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Politeknik. Disamping bertugas sebagai guru, usahawan, pengurus bank, jurutera, pekerja kilang dan sebagainya, mereka memilih untuk menjalani hidup yang penuh cabaran iaitu sebagai sukarelawan di dalam PSSTLDM pada masa lapang. Anda boleh memilih mana-mana pasukan yang sesuai untuk berkhidmat di dalam PSSTLDM.


KELAYAKAN
Individu yang ingin berkhidmat dalam PSSTLDM sama ada sebagai anggota biasa(LLP) atau pegawai mesti memenuhi syarat asas seperti berikut;
- Warganegara Malaysia
- Berumur diantara 18 hingga 40 tahun
- Sihat Tubuh Badan
- BMI antara 20 hingga 26.9
- Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran MalaysiaPenerima masuk tertakluk pada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah) dan lulus temuduga yang dukendalikan oleh Markas Tentera Laut.



LATIHAN
Latihan Perajurit Muda. Setiap anggota PSSTLDM perlu menjalani latihan Rekrut selama 14 hari berterusan atau melalui Latihan Tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Laskar Muda.
Latihan Tempatan. Latihan dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota PSSTLDM. Latihan dijalankan pada masa yang sesuai terutama pada hujung minggu. Tempoh latihan ialah antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 360 jam setahun.

Latihan Berterusan. Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam.

Latihan Tahunan.Latihan ini dijalankan secara berterusanpada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Tempoh latihan tersebut tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. Latihan dilaksanakan secara berkumpulan dengan mengaplikasikan ilmu tentera laut yang diperolehi sepanjang tahun.

Latihan Anggota Pakar. Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan tahunan selama 15 hari setahun.

KEMUDAHAN
Apakah yang anda perolehi apabila menyertai PSSTLDM?
- Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyumbang kepada pertahanan negara.
- Meneroka bidang baru iaitu melaksanakan aktiviti di laut.
- Mempelajari kepakaran baru dalam PSSTLDM.
- Menambah keupayaan `Soft skills’ dengan percuma.
- Menambah kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
- Berpeluang melawat pasukan PSSTLDM di serata negara.
- Layak menyertai insuran berkelompok ATM.
- Cuti tanpa rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
- Boleh dikerahkan untuk berkhidmatsepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam TLDM bagi mereka yang layak.
- Layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA.
- Sajian dan penginapan percuma apabila terlibat dengan aktiviti latihan dan operasi.
- Diberi elaun kehadiran dan elaun perjalanan ketika menghadiri latihan.
- Diberi pakaian seragam percuma (LLP) atau elaun Pakaian (pegawai).
- Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma dimana-mana hospital kerajaan jira kemalangan berlaku semasa bertugas.


ELAUN SEMASA LATHAN
Elaun Latihan Tempatan – Dibayar mengikut jam latihan.
Elaun Latihan Berterusan – Dibayar apabila menghadiri latihan berterusan mengikut kadar gaji pangkat semasa dan mengikut jumlah hari yang hadir.
Elaun Tahunan (Bounti) – Dibayar kepada anggota yang layak berdasarkan tahap keaktifan latihan dalam satu tahun.


KEPAKARAN DALAM PSSTLDM
Pegawai dibahagikan kepada Cawangan Eksekutif, Cawangan Bekalan dan Cawangan Kejuruteraan manakala LLP dibahagikan kepada;
- Cawangan Pelaut ( PPP dan KMR)
- Cawangan Bekalan ( KNA, KNG dan STN)
- Cawangan Teknikal (TLR, TLS dan TMK )


ANDA BERMINAT DAN INGIN MENYAHUT CABARAN?
Sila hubungi unit PSSTLDM yang terdekat berikut;

Kawasan Lembah Kelang
Markas Tentera Laut
Cawangan Simpanan
Kementerian Pertahanan
50634 KUALA LUMPUR
Tel:03-20714799

KD SRI KLANG
Pulau Indah
42009 Pelabuhan Klang
Selangor
Tel:03-31694525

Kawasan Selatan Semenanjung
KD SRI MEDINI
Kem Tebrau
80990 JOHOR BAHRU
Tel:07-3541366

Kawasan Utara Semenanjung
KD SRI PINANG
Jalan Akuarium
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel:04-6583021/RNO: 04-2622308

KS SRI MANJUNG
Pangkalan TLDM
32100 Lumut
Perak
Tel:05-6802117 / 05-6802656

Kawasan Timur Semenanjung
PSTL CHENDERING
Jalan Pantai Pandak
21080 Chendering
Kuala Terengganu, Terengganu
Tel:09-6175380

PSTL KUANTAN
Pangkalan TLDM
Tanjung Gelang
25990 Kuantan
Pahang
Tel:09-5833601 samb 2194/2288

Sabah
PSTL SANDAKAN
Taman Samudera, Batu 5 JalanPutra
90000 Sandakan
Sabah
Tel:089-772857

PSTL TAWAU
KD SRI TAWAU, Jalan Tanjung Batu
91000 Tawau
Sabah
Tel:089-772857

Sarawak
PSTL KUCHING
Lot 322, Seksyen 64 KTLD
Jalan Datuk Abang Abd. Rahim
93450 Kuching
Sarawak
Tel:082-370469

Samuderaya