Morse Code Translation

Type in a word or phrase:


Persenjataan : M16

0 comments




16 merupakan raifal tempur yang ringan, menggunakan peluru berkaliber 5.56 mm dan sistem penyejukan udara atau air-cooled. Ianya beroperasi dengan sistem gas yang menggunakan kelopak berkapasiti 30 butir, serta menggunakan bolt berputar. M16 ini diperbuat daripada logam yang terkenal iaitu krom molibdenumvanadium, alumunium, dan plastik polimer.

Terdapat lima versi utama bagi senjata M16:



1) M16

2) M16A1 yang menggunakan peluru M193/M196, boleh menembak dengan tembakan separa automatik ataupun semburan sepenuhnya.

3) M16A2 yang diperkenalkan disekitar tahun 1980. M16A2 menggunakan peluru M855/M856 yang direkabentuk oleh Belgium (dan kemudiannya dijadikan peluru standard 5.56 x 45 mm NATO). M16A2 mampu menembak separa automatik dan semburan tiga butir.

4) M16A3 yang menggunakan sistem tembakan utama yang ada pada M16 dan M16A1.

5) M16A4 yang menjadi raifal utama Marin Amerika semasa kempen memerangi Iraq bagi menggantikan M16A2.


M16 digunakan sebagai percubaan utama pada tahun 1964 oleh Tentera Udara Amerika (USAF). Versi ini mempunyai pengadang tangan bentuk segi-tiga, penghadang cahaya bentuk tiga serampang, dan tiada bantuan hadapan. Alat bolt diperbuat daripada kepingan krom dan bahagian permukaan hadapan yang licin, tidak mempunyai banyak takik untuk bantuan hadapan. Tentera darat Amerika mula menggunakan XM16E1 pada 1965 semasa kempen di Vietnam. Tentera Marin Amerika juga menggunakan sistem ini semasa kempen tersebut. XM16E1 adalah raifal utama yang kemudiannya dikenali sebagai M16A1 pada tahun 1967. Versi ini dijadikan raifal utama infantri oleh seluruh unit ketenteraan Amerika military mulai tahun 1967 hingga 1980an, apabila digantikan dengan M16A2.

Sistem penerima (receiver) M16 diperbuat daripada alumunium. Laras, bolt, dan kepala bolt diperbuat daripada besi. Udi senjata dan pengadang tangannya diperbuat daripada plastik polimer. Model-model awal M16 dikatakan lebih ringan, dengan seberat 2.9 kg, jauh lebih ringan daripada sistem persenjataan yang ada pada tahun 1950-an dan 1960-an. Tetapi M16 lebih ringan daripada senjata M-14 dan AK-47 yang seberat 5 kg. M16A2 dan versi-versi yang baru lebih berat, iaitu 3.9 kg



Peluru M16 beratnya hanya 55 gram berbanding 155 gram untuk peluru 7.62mm NATO. M16 mempunyai daya tembakan 550 tembakan per minit dan boleh digunakan secara automatik di mana isi kelopak peluru dengan isian 30 butir boleh dikosongkan dengan sekali sahaja menarik picu.

M16 adalah antara raifal berkaliber 5.56 x 45 mm yang telah dibekalkan keseluruh dunia. Kini, sistem M16/M4 telah digunakan oleh 15 negara NATO dan 80 buah negara yang lain. Hari ini, AS and Kanada telah membekalkan sebanyak 8,000,000 unit termasuk 90% yang masih beroperasi. Antara pasukan elit yang menggunakan versi M16 tersebut ialah seperti Special Air Service (British, Australia, New Zealand), Marine Commando Force (India), Kopassus, Kopaska, Kopaskhas, Brimob (Indonesia) dan banyak lagi.



Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/M16_rifle




Promoted ! by MrSirmanothman

0 comments

Coming soon



Ujian Kecergasan 2011

0 comments

Pada 17-18 September 2011 - Suatu ujian kecergasan telah diadakan untuk sesi pengambilan intake 15 , ujian kecergasan ini diadakan untuk memilih seramai 50 orang iaitu 25 wanita dan 25 lelaki . Pada sesi pemilihan kali diadakan di komplek renang pada 17 September 2011 dan 18 September 2011 diadakan di Stadium Uitm .. Hampir seramai 120 pelajar baru telah menghadiri ujian ini... Saksikan detik detik ujian ini ...



Klik di sini untuk Lihat gambar

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

0 comments


Selamat Hari Raya

In the Navy

0 comments

Kapal selam kedua negara

0 comments


Langkawi, 1 Jul – Malaysia hari ini sekali lagi menempa sejarah dengan ketibaan kapal selam kedua negara iaitu Kapal Diraja TUN RAZAK di Perairan Pulau Langkawi. Pelayaran pulang KD TUN RAZAK menjadi lebih istimewa kerana telah mencatat satu peristiwa penting apabila diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al- Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahudddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan selaku Kepten Yang Dipertua TLDM mencemar duli untuk mengikuti pelayaran bersama KD TUN RAZAK. Turut bersama mengikuti pelayaran tersebut ialah YBhg Datuk Hj. Abd. Latiff bin Ahmad; Timbalan Menteri Pertahanan dan YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Jaafar; Panglima Tentera Laut.




Pra Pertauliahan Intake 11 Mei 2010

0 comments



Klik di sini untuk lihat >

Tahniah.. UiTM Juara Lagi

0 comments




Karnival Sukan Palapes Laut IPTA 2010

Pangkat-pangkat Dalam TLDM

0 comments



Kenali Kapal-kapal TLDM

0 comments

Kapal Selam

KD Tunku Abdul Rahman


SKN 23 FRIGATE


KD Jebat (29)


KD Lekiu (30)



SKN 22 CORVETTE


KD Kasturi (25)


KD Lekir (26)

SKN 24 CORVETTE

KD Hang Nadim (134)


KD Tun Jamil (135)

KD Muhamad Amin (136)



KD Tun Pusmah (137)


Samuderaya