Morse Code Translation

Type in a word or phrase:


Persenjataan : M16




16 merupakan raifal tempur yang ringan, menggunakan peluru berkaliber 5.56 mm dan sistem penyejukan udara atau air-cooled. Ianya beroperasi dengan sistem gas yang menggunakan kelopak berkapasiti 30 butir, serta menggunakan bolt berputar. M16 ini diperbuat daripada logam yang terkenal iaitu krom molibdenumvanadium, alumunium, dan plastik polimer.

Terdapat lima versi utama bagi senjata M16:



1) M16

2) M16A1 yang menggunakan peluru M193/M196, boleh menembak dengan tembakan separa automatik ataupun semburan sepenuhnya.

3) M16A2 yang diperkenalkan disekitar tahun 1980. M16A2 menggunakan peluru M855/M856 yang direkabentuk oleh Belgium (dan kemudiannya dijadikan peluru standard 5.56 x 45 mm NATO). M16A2 mampu menembak separa automatik dan semburan tiga butir.

4) M16A3 yang menggunakan sistem tembakan utama yang ada pada M16 dan M16A1.

5) M16A4 yang menjadi raifal utama Marin Amerika semasa kempen memerangi Iraq bagi menggantikan M16A2.


M16 digunakan sebagai percubaan utama pada tahun 1964 oleh Tentera Udara Amerika (USAF). Versi ini mempunyai pengadang tangan bentuk segi-tiga, penghadang cahaya bentuk tiga serampang, dan tiada bantuan hadapan. Alat bolt diperbuat daripada kepingan krom dan bahagian permukaan hadapan yang licin, tidak mempunyai banyak takik untuk bantuan hadapan. Tentera darat Amerika mula menggunakan XM16E1 pada 1965 semasa kempen di Vietnam. Tentera Marin Amerika juga menggunakan sistem ini semasa kempen tersebut. XM16E1 adalah raifal utama yang kemudiannya dikenali sebagai M16A1 pada tahun 1967. Versi ini dijadikan raifal utama infantri oleh seluruh unit ketenteraan Amerika military mulai tahun 1967 hingga 1980an, apabila digantikan dengan M16A2.

Sistem penerima (receiver) M16 diperbuat daripada alumunium. Laras, bolt, dan kepala bolt diperbuat daripada besi. Udi senjata dan pengadang tangannya diperbuat daripada plastik polimer. Model-model awal M16 dikatakan lebih ringan, dengan seberat 2.9 kg, jauh lebih ringan daripada sistem persenjataan yang ada pada tahun 1950-an dan 1960-an. Tetapi M16 lebih ringan daripada senjata M-14 dan AK-47 yang seberat 5 kg. M16A2 dan versi-versi yang baru lebih berat, iaitu 3.9 kg



Peluru M16 beratnya hanya 55 gram berbanding 155 gram untuk peluru 7.62mm NATO. M16 mempunyai daya tembakan 550 tembakan per minit dan boleh digunakan secara automatik di mana isi kelopak peluru dengan isian 30 butir boleh dikosongkan dengan sekali sahaja menarik picu.

M16 adalah antara raifal berkaliber 5.56 x 45 mm yang telah dibekalkan keseluruh dunia. Kini, sistem M16/M4 telah digunakan oleh 15 negara NATO dan 80 buah negara yang lain. Hari ini, AS and Kanada telah membekalkan sebanyak 8,000,000 unit termasuk 90% yang masih beroperasi. Antara pasukan elit yang menggunakan versi M16 tersebut ialah seperti Special Air Service (British, Australia, New Zealand), Marine Commando Force (India), Kopassus, Kopaska, Kopaskhas, Brimob (Indonesia) dan banyak lagi.



Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/M16_rifle




0 comments:

Samuderaya