Morse Code Translation
Kapal selam kedua negara
Labels: Info 0 commentsLangkawi, 1 Jul – Malaysia hari ini sekali lagi menempa sejarah dengan ketibaan kapal selam kedua negara iaitu Kapal Diraja TUN RAZAK di Perairan Pulau Langkawi. Pelayaran pulang KD TUN RAZAK menjadi lebih istimewa kerana telah mencatat satu peristiwa penting apabila diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al- Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahudddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan selaku Kepten Yang Dipertua TLDM mencemar duli untuk mengikuti pelayaran bersama KD TUN RAZAK. Turut bersama mengikuti pelayaran tersebut ialah YBhg Datuk Hj. Abd. Latiff bin Ahmad; Timbalan Menteri Pertahanan dan YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Jaafar; Panglima Tentera Laut.
Posted by Rotu Navy Uitm at 8:13 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)
Samuderaya
Email rotunavyuitm@gmail.com | Hasil tangan Rotu Navy Uitm